nuffnang

nuffnang

Thursday 5 August 2010

Subjek: Bunyi Tayar
Secara amnya, semua tayar yang diisi angin dan bergerak dengan membawabeban (kereta) akan menghasilkan bunyi apabila menyentuh jalan.Oleh sebab itu, bunyi yang dikeluarkan oleh tayar apabila bergerak adalahperkara biasa.Perlu diingat bahawa bunyi yang dikeluarkan oleh tayar adalah sesuatu yangsubjektif, maksudnya bunyi itu mungkin menggangu bagi sesetengah pemandutetapi ia tidak mengganggu bagi pemandu-pemandu lain.Berikut disenaraikan klasifikasi bunyi tayar dan penyelesaiannya.1. Bunyi akibat dari tayar yang mempunyai jenis bunga'directional'Bunga tayar jenis 'directional' adalah jenis bunga yangseolah-olah berbentuk 'arrow' dan bunga jenis ini mampu membelahair dengan lebih baik pada kelajuan tinggi. Tayar yang menggunakan bungaini di kenali sebagai 'high performance tyre' dan biasanya iaterdapat dalam saiz 15 inci keatas dan 60 siri ke bawah.Bunyi yang dikeluarkan agak lebih sedikit berbanding tayarbiasa kerana bentuk bunganya yang dicipta untuk prestasi tinggi. Iaamat sesuai untuk pemandu-pemandu yang sering menggunakanlebuhraya dan perjalanan jauh.PenyelesaianSebelum membeli tayar baru, kita harus mengetahui tentang jenistayar yang kita inginkan. Sekiranya kita mementingkanprestasi, pemilihan bunga jenis 'directional' ini adalah tepat.2. Bunyi setelah bunga tayar berbaki 30% hingga 70%Umumnya, tayar dibahagian hadapan mempunyai beban yang lebihberbanding berbanding tayar belakang. Ini kerana tayar hadapanmenggalas enjin kenderaan dan pemandu. Sekiranya 'rotation'tayar tidak dilakukan pada waktu yang betul, mengakibatkan tayar bungahadapan akan haus lebih cepat berbanding tayar belakang.Kehausan yang tidak sama ini juga boleh menghasilkan bunyi yanglebih berbanding biasa.PenyelesaianPastikan kita melakukan 'rotation' tayar setiap 10,000 km iaitudengan memindahkan tayar belakang ke hadapan dan memindahkantayar hadapan ke belakang. Ini harus dilakukan setiap 10,000kmsehinggalah tayar haus.3. Bunyi akibat daripada kehausan bunga yang tidak sekata.Ini adalah satu masalah yang kerap melanda pemandu hari ini.Kelalaian dalam membuat penjajaran (alignment) kereta pada waktuyang sepatutnya mengakibatkan kehausan tayar yang tidak sekata.Akibatnya bunyi yang agak kuat akan terhasil.PenyelesaianKita sepatutnya memeriksa penjajaran kereta setiap 10,000km.Ini untuk memastikan 'caster' dan 'camber' berada padakedudukan yang betul.4. Bunyi akibat dari kerosakan tayarKerosakan tayar boleh dibahagikan kepada dua,1. kerosakan hasil daripada kesilapan pemanduanPemanduan berhemat amat perlu bagi mengelakkankemalangan. Kerosakan tayar akibat pemanduan bolehberlaku apabilai - Brek kecemasan - Brek kecemasan bolehmeninggalkan satu kesan pada bunga dan ini bolehmengakibatkan kehausan bunga tidak sekata, bunyi akan terhasil.ii- Terlanggar pembahagi jalan/batu dll -perlanggaran ini boleh menyebabkan tayar pecah ataubengkak. Jika tayar bengkak pada bahagian bunga, bunyi juga akanterhasil2. kerosakan dari kilangTidak dinafikan terdapat tayar rosak yang tidakdapat dikesan sewaktu pengeluaran. Ini kerana ia hanyaberlaku apabila bunga tayar berbaki 30% hingga 50%. Ia dipanggil'separation'. Ia berlaku apabila sebahagian rangka tayar terpisahdaripada lapisan bunga tayar. Ini menyebabkan tayarbengkak sedikit dan ia boleh dilihat dengan matakasar.Walau bagaimanapun, tidak semua 'separation' adalahmasalah pengeluaran, tayar yang sudah ditampal akibatkebocoran dan juga boleh menyebabkan 'separation'.Penyelesaian1. Pandulah dengan berhati-hati agar tidak merosakkan tayarsendiri. Kesilapan ini menyebabkan kita terpaksa mengganti tayarbaru.2. Jika kerosakan dari kilang, tuntutan boleh dibuatdikedai-kedai tayar. Dinasihatkan supaya membuat tuntutan dikedai yang kita selalu berurusan. Tetapi tayar yang mengalami 'separation'akibat daripada tampalan bocor, tidak boleh dituntutgantirugi.5. Bunyi-bunyi lain yang disangkakan bunyi tayarKita perlu peka kepada bunyi-bunyi lain yang kita sangkakanberasal daripada tayar. Terdapat dua jenis bunyi lain yangsering dikatakan bunyi tayar.1. bunyi akibat daripada kerosakan 'bearing'2. bunyi akibat daripada permukaan jalan yang kasar.PenyelesaianUntuk mengesan bunyi 'bearing', pemeriksaan bolehlah dibuatdikedai tayar dan ianya perlu diganti.Kesimpulannya, tayar yang dipilih untuk digunakan mestilah bertepatandengan penggunaan kita sehari-hari. Janganlah kita memilih tayar yang salahdengan aplikasi kita seharian. Umpamanya memilih tayar prestasi tinggi(high performance tyre) tetapi kita hanya menggunakan kereta untukulang-alik ke pejabat di dalam bandar. Tayar tidak dapat memberikankepuasan yang sepatutnya.Penjagaan tayar amat penting. Periksalah penjajaran dan lakukanlahpemindahan tayar depan ke belakang pada waktu yang sepatutnya. Kelalaian menyebabkan hayat dan utiliti tayar tidak pada tahap yang optimum.

No comments:

Post a Comment